Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 22 October 2008

Gaya hidup Celcom

CELCOM (Malaysia) Berhad memperkenalkan produk berkonsepkan gaya hidup terkini di Pameran dan Persidangan MyBroadband 2008 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Timbalan Presiden, Bahagian Inovasi Perniagaan Celcom (M) Berhad, Kevin Henry, berkata Celcom mensasarkan peningkatan produknya untuk pelanggan peruncitan dan perdagangan.

“Sehingga September 2008, hampir 10,075 melanggan jalur lebar Celcom termasuk di Sabah dan Sarawak. Jumlahnya semakin meningkat dengan penggunaan di kafe, di dalam bas/keretapi, lapangan terbang atau di mana saja,” katanya.

Menurutnya lagi, Celcom satu-satunya penyedia rangkaian telefon di Malaysia yang menawarkan akses tanpa had, tanpa sempadan menerusi jalur lebar Celcom.

“Celcom turut diiktiraf sebagai penyedia jalur lebar yang terpantas dengan menawarkan kelajuan sehingga 3.6 Mbps melalui teknologi Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA) yang turut dikenali sebagai 3GX.

“Beberapa perkhidmatan baru diperkenalkan seperti Push-to-Contact, Friend Finder dan Push-to-Email. Menerusi promosi Celcom Broadband Daily Unlimited Sale, caj RM8 sehari diturunkan ke RM6 untuk semua pelanggan jalur lebar tanpa had Celcom bermula akhir Oktober 2008 hingga Januari 2009,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...