Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 14 May 2008

Tentang Saya


Nama saya Abdul Rahman bin Bashri. Anak kelahiran Kuala Lumpur. Bekerja sebagai Bilal atau Muazzin di Masjid Negara Kuala Lumpur.sekarang menetap di Kuala Lumpur. Anak ke-8 dari sepuluh orang adik beradik. Seorang yang sangat baik dan mudah bergaul dengan orang dan berfikiran positif. Mempunyai cita-cita dan impian yang sangat besar dan kesemua impian dan cita-cita itu belum lagi tercapai. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita itu...insya-Allah..saya telah bertunang dengan Noraishah Binti Nordin, seorang anak gadis dari Taman Temiang Jaya, Seremban, gadis yang cantik dan baik hati dan sangat menyangi saya, merancang untuk berkahwin pada tahun ini,sekiranya umur panjang dan Allah murahkan rezeki..amin..

Boleh dikatakan saya amat ketinggalan dalam dunia Internet dan blog, sebab saya tidak pernah terfikir menulis blog ini sangat bagus dan masyukk. Mula jatuh cinta di dalam dunia berblogging pada tahun 2007, bermula dengan blog frienster kemudian beralih kepada blogspot.Allhamdulillah setakat ni saya masih lagi konsisten menulis blog. Sebelum ini tidak pernah terfikir berblog boleh buat duit, mula meletakkan iklan Nuffnang pada tahun 2011 Menjadikan menulis blog ini sebagai hobi masa lapang dan mencari duit sampingan. masih lagi  belajar "How to make money from Internet",, saya yakin satu hari nanti saya pasti berjaya.

Sekiranya anda ingin hubungi saya secara peribadi sila ke Facebook, Email dan No Hp saya.
http://www.facebook.com/rahmanbashri )
(rahman_bashri@yahoo.com)  dan
(0 satu 9 - 6 kosong 9 sembilan 2 dua 1) - kalau boleh mesej la ye..

Blog Rahman Bashri merupakan sebuah blog yang diwujudkan untuk memberi pelbagai informasi-informasi yang berguna kepada pembaca. Pada asasnya blog ini diwujudkan adalah untuk memberi info sahaja, tetapi saya menyelitkan juga pelbagai kategori seperti Lawak, Tips Komputer dan sebagainya. Takde apa yang hebat pada blog ini, hanya mengisi masa lapang. Semua maklumat yang terdapat di sini tidak dapat disahkan 100% tepat kerana saya sendiri menerimanya dari pelbagai pihak yang lain. Sekiranya anda merasakan info atau maklumat yang diberikan kepada saya tidak betul dan kurang tepat, saya sangat mengalukan komen dan nasihat dari anda semua.

Blog Rahman Bashri sesuai dibaca atau ditonton oleh semua lapisan masyarakat kecuali bahagian-bahagian tertentu sahaja seperti kategori Ngeri. Suka saya ingatkan kepada pembaca, blog ini hanya berperanan untuk memberi informasi, maklumat, iaitu realiti secara telus tanpa sebarang bias dari sudut kepercayaan, politik, mahupun ideologi. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan, anda digalakkan untuk membuat tafsiran sendiri terhadap kandungan blog ini. Buktikan anda mampu untuk berfikir menggunakan kepala otak, bukan menggunaka kepala lutut atau kepala tut..tut..tut..hehehe..

Kalau nak cerita pasal kesukaan saya ni memang banyak dan bertahun saya manaippun takkan habis, jadi saya ceritalah paling saya suka. Memang tak dapat saya nafikan kehendak sekarang melebihi keperluan, sebagai contoh "Gadget Idaman", ada yang sanggup tak makan semata-mata untuk kumpul duit nak beli Gadjet kesuaan mereka.betul tak?

Saya suka berblog, walaupun saya kata ia hanya untuk mengisi masa lapang, saya tak dapat lari dari berblogging setiap hari.

Saya suka Gajet, tapi kewangan membataskan saya untuk memiliki gadjet canggih. tapi yang sebenarnya saya tak kisah pon gadget yang mana sekalipon, asalkan benda tu berasakan elektronik sebab minat saya more to Electonic.

Saya suka masakan mak saya(Zauyah binti Babjee) dan tunang saya(Noraishah binti Nordin), masakan mak saya paling saya suka adalah Ayam Masak Lemak Cili Api..sedap oooo..sampai jilat jari, tak caye sudah..Masakan tunang saya yang saya suka adalah Laksa Goreng dan Ikan Masak Asam..best dan terbaik...

Saya suka sukan Badminton, Formula One, Bola Sepak(N9 fan dan MU), MotoGP, dan suka sukan permotoran sangat2..impian nak bawak kete F1..hahah..gile tinngi impian aku..

Saya suka belajar tentang teknologi dan masa hadapan. Mana tidak nya kehidupan seharian saya habis dengan teknologi berkomputeran. saya suka filem Back to the Future...

Siapa yang ingin mengenali saya, mula-mula sekali saya pernah belajar di Tadika Islam Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam Cheras pastu  di Tadika Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan, masa ni duduk dengan nenek di kampung Gebok. Lepas habis Tadika belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Mantin sampai darjah tiga, masa darjah empat saya tak tinggal bersama nenek dah, saya duduk KL bersama mak dan abah, jadi saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Peel. Pada waktu sekolah di KL perangai saya agak nakal, sebab tu dajah lima abah saya hantar saya duduk sekolah Asrama kat Telok Medan, Bagan Serai, Perak. Saya sekolah yang berasrama di SRA Maahad Al-Ridhwaniah(1997-1998). kemudian naik je sekolah menengah saya duk asrama juga, ditempat yang sama cuma nama sekolah je lain  skit, SMA Maahad Al-Ridhwaniah(1999-2001). Di sekolah inilah saya banyak menimba pengalaman manis dan pahit, saya tidak akan lupakan pengalaman saya di sana sangat-sangat manis,sebab tu pelajaran saya hancur..hahaha..mana tak nye sekolah saya tu dikelilingi sawah bendang, anda faham2 jela, asyik2 mandi parit, mengai belut, tangkap ikan, mengagau ikan dan sebagainya..best sangat2..sebab tu pelajaran ntah kemana..UPSR dan PMR hancur..saya tak salahkan sekolah, tapi diri saya sendiri..jadi saya cakap dengan abah nak tukar sekolah.

Jadi saya tukar sekolah berasrama juga di Chemor, iaitu Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Ummah(2002-2003). Bermulalah diri saya dari seorang yang malas baca buku ke seorang budak cintakan buku..hahaha..kat sini saya kena struggle sungguh2 sebab banyak ketinggalan subjek tingkatan 1,2, dan 3..sayakan nak menghadapi SPM. jadi kawan-kawan kat sekolah ni banyak mengajar saya tentang pelajaran tidak lupa  juga cikgu2 dan ustaz2, terutamanya guru kelas saya sendiri cikgu Halimatun...habis sudah tentang alam persekolahan..Alhamdulillah..dapat je result SPM saya dapat keputusan boleh laaa..

Selepas tamat alam persekolahan saya belajar di Kolej Islam Antarangbangsa (IIC)(2004-2007) saya ambil "Program Business Administration"...walaupun ambil bisnez tapi saya lebih suka kepada IT, macam mana aku ni..hahaha..thats why la my pointer cukup2 makan jugak..lagi 1 belajar kt IIC ni fully English maa..sayakan orang melayu..hehehe..tapi takpelah dah habis dah pon...ok itu kisah pendidikan saya..

Ada yang mengenali saya sila tinggalkan komen anda  ok..kalau tak mesej mana saya nak tau...ok




Blogger

Facebook

Youtube

Stumbleupon

MySpace

Linkedin

Twitter

RSS

Technorati

Digg

2 Comments:

  1. aslmkm...
    bolehkah anda tolong kupaskan mengenai kisah Fathima Rifqa Bary??
    saya harap utk membaca kisahnya dr sudut pndng seorang Muslim...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...