Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 26 November 2008

KHUSUS UNTUK KEKAWAN YANG NAK KAWIN TU

Assalamualaikum kepada pasangan yg bakal berkahwin sempena cuti sekolah nanti...Saya forwardkan sekali lagi masalah di bawah utk renungan bersama.

Assalamuailaikum.Memanglah kalau nak ikutkan niat si pengantin nak yang sekadar termampu sahaja.Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua bakal raja sehari ini bukan orang berada.Masalahnya kita kena ingat yang perkahwinan ini bukan setakat si pengantin sahaja, ia melibatkan seluruh saudara-mara,orang kampung dan masyarakat setempat.Dari pengalaman saya sendiri, saya inginkan kenduri yang sederhana tanpa bersanding Kalau tahun millenium ni saya tak tahulah. Mungkin "kahwin koboi" cukup RM5,000 TAK TAHULAH SAYA. wASSALAM.Sabda nabi s.a.w , "perkahwinan dengan mahar yg paling murah adalah yg paling

diberkati " kalau nak ikutkan article kat bawah ni , ramai yg tak kawin sebab duit tak cukup. Sebab banyak saya tengok belanja nya hanyalah utk adat adat melayu totok + adat hindu dan pembaziran pembaziran yg melampaui batas yg penting dalam perkahwinan ialah ijabkabul. Ikatan yg menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan. benda benda lain tu semuanya nafsu manusia dan nafsu melayu yg memang suka dengan acara acara yg kekadang tu jelas bertentangandengan Islam ... So sapa yg ada duit bolehlah ikut cadangan ni. but nasihat saya, tinggalkanlah adat bersanding dll tu yg memang jelas hanya mengikut org hindu berkahwin ... Islam ada cara yg tersendiri .Jangan ikutkan sangat pandangan org tua totok yg dah lekat dengan adat . Umur bukan penentu kebenaran ... anti adat melayu Panduan kahwin bagi yg Belum kahwin atau Yang nak kahwin lagi.. Ok..sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan .... ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin. So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer. Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah. Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi : At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book....jgn dua dua gi book plak. kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:Kener pergi....kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikahat Jabatan they never ask for the sijil kursus ... .whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus.walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. kos kursus : around RM80 for the whole session(tengok tempat)

3. Book Mak Andam: Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan.....pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey.

At least six months misti nak book...later than that u might have a problem finding one..... kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe. Kos : RM1200 (tengok baju aper...kalau ader baju batman atau otromen(mungkin mahal sikit)

4. Photographer: elalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri.Sekarang owang melayu dah pandai.... dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Gambar bogel je belom owang try.Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice. Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin Sekarang sudah canggih...kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal .... kalau tak pun jadi macam lori cina mampos....letak kacang samer kuaci sudah original beb.... tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja Tukang masak mesti ader beb...kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's. Kos : RM7000 (tengok >kepaler yg datang)

8. Kereter Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. (*naik basikal bleh gaks.. ) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?...Jag ke?.kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil ......sampai besok pun takleh masok! Kos: RM300

9. DJ/Karaoke Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan?Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book. Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi...tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif...ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc. Kos : RM3000++

11. Miscellaneous Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan...... Kos : RM2500 ++ TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110 Belom termasok hantaran lagi beb....korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin....... SELAMAT PENGANTIN BARU! Untuk mereka yang bakal-bakal.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer..... Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai...macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah...korang bacalah :- Sebab

1. Anak pompan sorang

2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat

3. Anak pompan paling jambu dalam family

4. Anak pompan kerja high post

5. Anak pompan biasa pakai barang branded

6. Anak pompan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompan yang rasa dirinya ....lengkap segala-gala

9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif

10 Anak pompan tu pun jenis ek ... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih

2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."

3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."

4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je."

5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"

6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carikan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi;kita ambik je. Member tak cerewet."

2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."

4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini;jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."

6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."

3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."

4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."

6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?" Haa...tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki.Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan..bank rakyat...bank Islam...atau guna kredit card..lepas kawin ..kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang , loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini', .. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik..jadi semakin susah. Entahlah....dunia...dunia..Semoga kita tak jadi begitu "Dan berilah kepada wanita yang kamu kahwini itu mahar sebagai satu pemberian wajib, tetapi jika mereka berikan kepada kamu sebahagian daripadanya dengan kerelaan mereka, maka bolehlah kamu memakainya dengan senang hati.

" (An-Nisa: 4) "Adakanlah walimah(kenduri kahwin) walaupun dengan seekor kambing". Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ini jelas menggambarkan betapa Rasulullah s.a.w sangat menggalakkan agar diadakan majlis walimah. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya: "Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan (mudah) mas kahwinnya." (Riwayat Ahmad) "Perkahwinan yang paling berkat ialah perkahwinan yang paling ringan (mudah) maharnya. " (Riwayat Ahmad) Berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dan sabda Rasullulah s.a.w itu, jelas kepada kita bahawa mas kahwin atau mahar hendaklah sederhana dan berdasarkan kemampuan khususnya untuk pihak lelaki. Sesungguhnya Islam tidak mengajar umatnya untuk menyusah dan memberatkan satu sama lain. Prinsip ajaran Islam itu mudah dan sederhana. Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. Maksud melampau ialah sehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut. Berbeza dengan mas kahwin yang merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada malam pertama sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan. Dalam situasi masyarakat sekarang,telah berlaku satu fenomena yang kontra. Pemberian wajib diletakkan dalam jumlah yang terlalu sedikit sedangkan pemberian yang harus diletakkan dalam jumlah yang tinggi. Wang hantaran inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin.Masyarakat seolah-olah berlumba untuk meletakkan hantaran paling tinggi kepada anak gadis mereka. Sikap sebegini dilarang oleh agama Islam. Memang ada jabatan atau badan-badan yang menganjurkan ceramah atau kursus yang berkaitan tetapi masyarakat masih berada di takuk lama. Bagi mengatasi masalah ini, masyarakat sendiri perlu sedar dan insaf tentang natijah yang akan dihadapi di kemudian hari. Malah, bakal pengantin perempuan juga perlu memainkan peranan di dalam perkara ini." Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...